From fat to fit...one who fat, transform to a fit person...well, nobody cares nowadays, aite ?? well, me neither...but to begin with, it's one good way to promote a healthy lifestyle...why not ?? a healthy diet + working out/exercise...
now, you tell me, what do you feel after you watch this...
84 hari sebelum dia memulakan program dia ni, dia adalah seorang yang gemok dan tak pernah pegi gym...sehinggalah satu hari, dia berazam untuk mengubah penampilan diri menjelang hari jadinya...dia telah menghubungi Tom Venuto, seorang pakar tentang nutrisi dan kecergasan, bagaimana hendak memulakan program dia itu...hasil bimbingan Tom, Adam Waters berjaya mencapai objektif beliau dalam masa yang suntuk.
Terdapat banyak cara untuk menguruskan badan...ada yang mencuba kaedah yang extreme (liposuctions, slimming pills), dan ada yang mencuba kaedah yang lebih mudah, iaitu mengawal pemakanan dan bersenam...berjaya atau tidak sesuatu program yang korang nak cuba tu, bergantung kepada diri korang...sekuat mana azam dan tekad ?? musuh utama bukannya makanan dan persekitaran, tetapi diri anda...
Nasi dan Anda...
Kebanyakan dari kita, mengambil langkah untuk tidak mengambil nasi ketika waktu makan tengahari dan makan malam...ini termasuklah ketika bersarapan pagi...adakah cara ini betul dan selamat ?? adakah ini cara terbaik ?? jawapannya, YA dan TIDAK...bergantung kepada apakah matlamat anda, sama ada untuk menurunkan terus berat badan dan ingin tampil slim, atau pun ingin mendapatkan tubuh yang ideal dan lebih muscular...nasi adalah sumber karbohidrat yang penting, tetapi apa yang menjadikan ianya bahaya ialah pengambilan yang melebihi dari jumlah yang diperlukan....walau bagaimanapun, saya akui, ramai yang berjaya menurunkan berat badan dengan menggunakan kaedah ini...
Makan Malam dan Anda...
Ramai berpendapat, makan malam atau dinner harus dielakkan...atau jangan makan selepas jam 8 malam...apatah lagi, makan lewat malam atau supper...ianya langsung tidak dibenarkan...mengapa begitu ?? apakah rasional di sebalik kenyataan tersebut ?? Apa kaitan makan malam dan kegemokan ??
No comments:
Post a Comment