Jika korang nak turunkan berat badan, korang kena la pastikan apa yang korang makan tu kurang daripada apa yang badan perlukan untuk memperbaiki sel badan dan pembakaran tenaga. Sekiranya korang terlebih makan (dari apa yang sepatutnya badan perlukan), itu punca badan korang jadik semangat...makanan yang berlebihan tadi akan disimpan sebagai otot, tapi kebanyakkannya akan disimpan sebagai lemak.
Mengira pengambilan kalori akan menjadikan proses penurunan berat badan korang lebih senang semasa diet. Sekiranya korang tau kandungan kalori sesuatu makanan, korang bole la buat tak nampak dengan makanan makanan yang berkalori tinggi tu dan sebaliknya, pilih makanan yang berkalori rendah yang mana akan membantu memudahkan proses pengurangan berat badan korang. Keperluan nutrisi badan tidak lah sesusah mana, yang penting korang kena paham, apa yang korang buat...
So, secara ringkasnya, kunci untuk mengurangkan lemak badan ialah :
• kurangkan pengambilan kalori / pengambilan di bawah tahap maintenance
• ambil protein yang mencukupi (dari makanan dan supplemen)
• bersenam (gym, jogging, cycling, etc)
Apakah itu kalori ??
Kalori adalah sejumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air dengan 1 darjah Celsius. Kalori di dalam makanan dipanggil kilokalori atau 1000 kalori. Apabila kita mengatakan karbohidrat seperti gula mempunyai 4 kalori untuk setiap gram, ia sebenarnya bermaksud, gula mempunyai 4 kilo kalori untuk setiap gram. Ini juga bermakna, 1 gram gula mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menaikkan suhu 1000 gram air dengan 4 darjah celsius. Kalori di dalam makanan menyediakan ukuran tenaga yang ada di dalam makanan.
No comments:
Post a Comment